Thursday, April 15, 2010

Lelaki Malaysia kahwin dua dengan wanita Sumatera setiap hari

15/04/2010 12:12pm

MEDAN 15 April - Secara purata seorang rakyat Malaysia mengahwini wanita Indonesia dari Sumatera setiap hari dalam tempoh lima bulan lepas dan 80 peratus daripada mereka mengambil isteri kedua.


Trend ini dilihat daripada rekod di Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di sini yang menunjukkan bahawa dalam tempoh lima bulan itu, 30 lelaki Malaysia berkahwin wanita Indonesia dari Sumatera setiap bulan.

Konsul Muda Bahagian Konsular dan Imigresen di pejabat itu, Ismail Ali memberitahu, Januari lalu terdapat 31 pasangan yang berkahwin, Februari 29 pasangan dan Mac 32 pasangan.

"Hampir kesemua mereka beragama Islam,” katanya.

Terdapat juga rakyat Malaysia yang mengahwini wanita Sumatera tetapi dipercayai tidak mendaftar di bahagian itu kerana mereka gagal mendapat izin untuk berpoligami atau izin berkahwin di luar negara dari Mahkamah Syariah dan Jabatan Agama Islam negeri asal masing-masing, kata Ismail. -Bernama

1 comment:

Malindo Raya Sdn Bhd said...

LAyan beb.. Lelaki bab tambah bini ni mmg suka.. Yg pertama org sini. Yg ke-2 nak rasa yg seberang pulak..

Post a Comment