Wednesday, April 21, 2010

' Ibubapa bukan liabiliti '

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi ) Inilah cerita
> benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...
>
>
> Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
> pulang kembali ke kota, dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....
>
> " Ada duit? Minta ayah sedikit.."
>
> Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
> seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
> kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah,
> isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan
> tidak banyak meragam.
>
> "Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak
> ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba,
> sukar ditembak reaksinya.
>
> " Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.
>
> "Takkan 5 ringgit?"
>
> Emak mengganguk.
>
> Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
> dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa
> ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.
>
> Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
> ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan
> pulang ke kota. Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit.
> Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5
> ringgit. Geli hati mengenangkannya.
>
> Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke
> kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah
> akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas
> untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi
> saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk
> diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap
> tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak
> terus-terusan selamba.
> Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
> memahami hati suaminya (ayah).
>
> Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
> sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
> setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
> tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
> perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
> tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
> disampaikannya.
>
> Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
> Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan
> semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi
> selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih
> ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami
> sendiri.
>
> "Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.
>
> Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
> Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya,
> ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.
>
> " Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
> keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
> perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar,
> hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau
> tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak.
>
> "Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
> diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh
> saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
> berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke
> kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak
> saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.
>
> Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.
> Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
> sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya
> sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara
> gading.
> Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
> saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi
> kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang
> berjaya.
> Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
> tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!
>
> Anda ingin tahu apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama
> :
>
> " Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
> kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
> bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
> sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
> siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.
>
> "memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
> itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
> pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.
> Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w,
> keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."
>
> Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
> diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam
> mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA.
> Tidak ada?
> Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?
> Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi.
> Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri
> walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi!
>
>
>
> Thanks.

No comments:

Post a Comment